Thursday, March 01, 2007

Penghulu and Ketua Kampong

KELAYAKAN CALON KETUA KAMPUNG:
(Village Head Eligibility)

1. Setiap calon Ketua kampung hendaklah:-

a) Seorang lelaki yang terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
(Must be Brunei Citizen)

b) Sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan Pelajaran di peringkat Tingkat III atau kelulusan yang sebandingnya;
(Have Form 3 education)

c) Bermastautin di kampung yang akan diketuainya tidak kurang dua (2) tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya. Bermastautin adalah bermaksud bahawa calon Ketua Kampung hendaklah benar-benar tinggal di kampung yang berkenaan dalam tempoh yang dikehendaki di mana calon itu mempunyai tempat kediaman dan mendiami tempat tersebut.
(Stayed in the village for over 2 years)

d) Berumur tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 60 tahun sebelum atau pada tarikh pencalonannya.
(Over 30 years of age, but not over 60 years at the time of his candidature)

e) Tidak menjadi ahli atau tidak terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam sebarang pertubuhan siasah yang difikirkan boleh menjejaskan kepentingan atau keselamatan Negara.
(Not involve in any _____ activities which can affect the national interest and security of the country)

f) Mempunyai pengetahuan yang baik dalam agama Islam, kemasyarakatan dan adat resam setempat yang lazimnya diamalkan oleh masyarakat kampung berkenaan.
(Good knowledge of Islamic religion, community and the culture of the village)

g) Mempunyai perwatakan, ketokohan dan sifat-sifat kepim-pinan yang baik dan bersesuaian sebagai seorang pemimpin mengikut amalan kehidupan orang-orang Brunei serta pemedulian dan;
(Have the leadership quality which is inline with the culture of Bruneians and caring)

h) Tidak pernah diisytiharkan muflis di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh dua (2) tahun sebelum pencalonannya, termasuk pada tarikh pencalonan melainkan sebelum itu pengisytiharan muflis telah dibatalkan oleh mahkamah.
(Never charged with bankruptcy in the last 2 years of his candidature)

2. Calon yang terdiri daripada Pegawai Kerajaan akan dipersarakan jika dilantik sebagai Ketua Kampung dan akan menikmati faedah dari jawatannya seperti yang ditetapkan dalam Akta Pencen.
(Candidates working in the public sector will be relieved of their occupation if appointed as Village Head and will be given the benefits as specified in the Pension Act)

3. Calon yang terdiri daripada ahli perniagaan atau pengusaha apabila dilantik menjadi Ketua kampong boleh menguruskan perniagaan atau perusahaannya menurut syarat-syarat yang ditentukan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.
(Candidates from the business sector when appoined as Village Head can continue their business in accordance with the Ministry of Home Affairs regulations)

4. Seorang pencadang dan dua (2) orang penyokong yang mencalonkan Ketua kampong hendaklah terdiri daripada warga negara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam dan tinggal bermastautin di kampong berkenaan. Calon, pencadang dan penyokong-penyokong hendaklah menandatangani borang pencalonan. Borang pencalonan hendaklah dilengkapkan sepenuhnya sebelum dihadapkan

5. Bagi pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat di Jabatan masing-masing atau pun dari pihak-pihak swasta hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis dari Ketua Jabatan dan majikan masing-masing dan menghadapkan surat kebenaran itu semasa menghadapkan bersama borang pencalonan.

6. Lain-lain syarat adalah tertakluk kepada Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung Negara Brunei Darussalam 1998 (Syarat-syarat Lantikan dan Perkhidmatan Ketua kampung.

PERINGATAN :
Pemohon-pemohon yang pernah memohon jawatan Ketua Kampung dan permohonannya ditolak atas sebab tidak memenuhi syarat adalah tidak dibenarkan lagi untuk memohon.

SALARY:
C1. EB2 IAITU $ 1,280.00 HINGGA $ 1,930.00 SEBULAN

----------------------------------------

IT is also the job of the Village Head to distribute pensions to the elderly poeple in the village and in the act of giving the pension, their job is to ask about the welfare of the poeple in the village.

Then again, how many village head actually do this, despite having quite a "high salary"?

No comments: